Monday, December 27, 2010

pertanyaan untuk CINTA !


Cerita ini, tiada kena mengena dengan kisah hidupku, ia hanya sekadar informasi yang boleh kita pelajari dan dipelajari sebelum dan masa akan datang. Insyallah. Waktu ini, aku hanya cintakan kerjaya, impian, harapan dan yang paling ku cintai adalah ibubapa serta rakan-akanku…



Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN
Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin
melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.
Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.
Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk
kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.
TETAPI ...
Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan
kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati
dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.
Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.
Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.
Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.
Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam
sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA

Friday, December 17, 2010

Cinta Ibarat Menunggu Bas





Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak, "Eee... penuhnya... tak de tempat duduk." Jadik, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awaktunggu pulak bas yg lain.

Kemudian, datang pulak bas yg kedua.
Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas.

Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm... tak de air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.

Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak.

Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?

Jadik, mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?

Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!

Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN! Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.

Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!




geram...


haish~! sejak akhir² nyh aku asyik na marah² jep kt tpt kerja . 

ape masalah aku sebenarnya nyh ? hurmm .... PELIK

mybe sebab duet aku yg hari² sh0t k0t ..

argghhh !! tensi0n laaa ....

apa p0n ta buley ! :(

Thursday, December 16, 2010

Somebody To Love

err. tiba² an, aku suka la tengok si JUSTIN BIEBER ni. Wahh. Apasal eh??? 


*ni la bdk separa matang tu*
kenapa? kenapa? kenapa? dan kenapaaaaaaaa???????

oke. oke. dah tau dah punca masalah ni berlaku. hehe. 
actually, aku mmg suka an boy yg muka childish 
tapi pemikiran matang.
 eh. cuba kau tengok cermin. ada macam childish tak? hahahaa. 
tapi tape. yg childish tu la aku SUKA



What The.....



ouh damn...
hari ini aku rase cam serba tak kena...
apekah???.. ntah laa... 

sekarang aku rase down gile ! tak tau nk cerita camne..
depan kawan² aku nampak je mcm ceria... happy.. gelak²..
tp hakikatnye tidak ! aku bukan jenis yang suka tunjuk perasaan... 

p/s : tiba-tiba rasa macam nak menangis... :'(

Sunday, December 12, 2010

Petanda Jatuh Cinta

Antara petandanya ::

Kamu berbual dengan si dia sampai lewat tengah malam dan baru saja beberapa minit selepas kamu putuskan talian kamu sudah mula merinduinya…

Kamu membaca SMS si dia berulang-ulang kali…seolah-olah masih ada ayat-ayat yang tersembuyi dari pandangan mu

Bila bersama dengan si dia kamu berjalan sangat perlahan. Takut cepat sampai ke tempat tujuan…ingin sangat berada di sisinya lebih lama lagi.

Kamu menjadi seorang yang terlalu pemalu bila bersama dengan si dia. Malu-malu kucing gitu…

Bila kamu memikirkan si dia hati mu sentiasa berdebar-debar dan jantung mu berdegup dengan laju…mengalahkan kereta F1 gitu…

Kamu tersenyum lebar bila kamu mendengar suara si dia…mungkin lewat telefon atau walaupun di sebalik tembok…mana tau sekolah si dia berjiran dengan sekolah kamu

Ketika kamu melihat dia tiada wajah lain lagi yang kamu lihat di sekeliling mu…hanya dia dia dan dia…iskk kronik sudah ni…..

Kamu mula melayan lagu-lagu sentimental sambil membayangkan wajah si dia…Lagu Ayat-ayat Cinta pun di layan eh…

Kamu hanya memikirkan tentang dia saja…siang malam…jangan lupa makan minum tidur dah la yer…

Haruman badannya sangat terkesan kepada kamu…seolah-olah di mana saja kamu pergi bau itu menemani kamu membuat kamu semakin merindui dia…

Kamu sedar yang kamu tiba-tiba tersenyum lebar bila saja wajahnya bermain dibenak mu…

Kamu sanggup lakukan apa saja untuk si dia…ehemm…ingat jangan sampai menyalahi hukum agama okay…

Ketika kamu membaca post ini…hanya wajah dia saja yang berma
in di benak mu…hah dia la orangnya yang kamu cinta tu. kn? kn? kn? =)